Search This Blog

Tuesday, June 19, 2012

Wedding Isa dan Aimi di Bukit Mahkota

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Harap semua sihat sejahtera hendaknya. Pihak kami baru-baru ini ada mendapat undangan untuk menjayakan katering bagi pihak mempelai, semoga berbahagia hendaknya hingga ke anak cucu-cucu, Amin. Katering kali ini merupakan antara kenalan kami "Dayana", sekali lagi jutaan terima kasih kerana memilih pihak kami.
Venue: Bukit Mahkota
No. of pax:1000
Theme: Cream + White.


Menu yang pelbagai-pelbagai dan tetamu yang hadir juga dari pelbagai peringkat usia.

Menu utama
  1. Nasi Arab with grilled lamb
  2. Nasi Putih
  3. Masak Merah Kambing
  4. Ayam Percik Hidayah (OUR SIGNATURE, MOST RECOMMENDED)
  5. Acar Arab
  6. Roti Na'an
  7. Dalca Sayur
  8. Kacang Panjang goreng bersama udang
  9. Ulam-ulaman, ikan masin bersama sambal belacan
Menu sampingan
  1. Kuih-kuih Melayu
  2. Tapai Pulut
  3. Cendol bersama lengkong 
  4. Bubur campur (buah-buah seperti Nangka, Ubi Kayu, Jagung madu)

Minuman
  1.  Lemon Soda
  2. Tea "O" Pudina
  3. Kopi "O"
  4. Sky juice pudina with slice lemon

Beberapa keping gambar sempat kami ambil untuk tatapan semua:-





Bagi pencuci mulut pihak kami menyediakan aneka kuih muih, antaranya tapai nasi, apam polkadot, cucur badak, kuih bingka, dan kek butter. Pihak tuan rumah turut menghidangkan Tapai ubi...hmmm yang ini kiriman dari saudara-mara. Banyakkan malahan pihak kami turut menyediakan cendol buat tetamu. Tidak lupa juga buah untuk tetamu "slice of orange sunkist" memang sesuai lepas pekena kambing, ayam percik ya kan, semua tu berkolestrol tinggi.



Meja beradap pihak kami sediakan 100% bersama dekorasi bunga segar di meja pengantin termasuk "Bridal Chair". Malahan kami turut menyediakan "backdrop" belakang dengan tatarias kristal dan hiasan ala-ala langsir dengan berlatarkan warna cream dan marroon. Harap pihak pengantin berpuas hati dengan tatarias dari pihak catering.






Sekian saja dari pihak kami, terima kasih daun keladi kepada kedua mempelai Isa dan Aimi serta sekeluarga kerana memilih khidmat kami untuk majlis kali ini. Kalau ada salah dan silap dari pihak kami harap di maafkan, segala yang baik itu datang dari Allah S.W.T
Ikhlas dari kami,
Hidayah Catering.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih