Search This Blog

Sunday, June 17, 2012

Majlis Perkahwinan- Tema Merah jambu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sehjahtera buat para pelanggan kami yang di hormati,

Harap semua sihat hendaknya. Tema pengantin kali ini ialah merah jambu berjambu-jambu. Ada 2 pasangan mempelai yang perlu diraikan kali ini. Harap mereka berpuas hati dengan kami. Kali ini majlis di jayakan merupakan antara kenalan kami juga yang bertugas sebagai staff nurse di Hospital Serdang bagi memeriahkan majlis perkahwinan anaknya. Majlis kali ini di adakan agak jauh dari Serdang iaitu di K Club, Taman Melawati, Ampang.

Mari kita jengah gambar di sekitar majlis tersebut:

 

Inilah kedua-dua pasangan mempelai, segak, cantik dan bergaya keduanyakan. Moga kekal bahagia sampai ke anak cucu-cucu. Seperti biasa, Hiasan bunga segar di meja pengantin menjadi kepastian bagi katering kami.


Menu makanan beradap, harap menyelerakan buat para tetamu dan pengantin. Makanan pengantin yang istimewa kali ini kami sediakan udang harimau, siakap masam manis dan lauk berhidang.


Makanan yang di sediakan buat para tamu, antaranya bubur campur (kami syorkan desert ini di kebanyakan kenduri kerana kaya dengan aneka buah-buahan antaranya pisang, nangka, jagung, ubi keledek, labu, sagu, dan ubi kayu) lebih manis gitu, malah kami turut menyediakan daging lembu segar untuk hidangan kami kali ini iaitu Gulai Kawah Daging + Tulang + Rebung Madu (ini juga merupakan salah satu speciality CHEF kami yang berasal dari Utara), selain itu menu lain ialah ayam goreng berempah, sayur campur dan sebagainya.

Selain itu juga, pihak tuan rumah turut juga menempah hidangan buat vegetarian. 


Kami turut menyediakan pulut kuning, pelanggan kami akan di beri pilhan samaada memilih Kek atau pulut kuning berhias. Pulut kuning kami kali ini kami hias dengan bunga segar dan rendang daging.

Buat yang berminat bolehlah menghubungi pihak kami dan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak keluarga pengantin. Moga kita dapat bekerjasama lagi di masa hadapan.

Ikhlas dari kami,
Hidayah Catering

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih