Search This Blog

Thursday, June 28, 2012

Seksyen 1, Bandar Baru Bangi pada 23hb Jun

Alhamdulillah moga hari-hari anda semua penuh barakah hendaknya. Kali ini kami berkesempatan untuk menyempurnakan Kenduri Kesyukuran. Harap pihak tuan rumah berpuas hati dengan khidmat kami.

Antara menu yang di hidangkan seperti

1) Nasi Mandhi
2) Dalca + Daging Tetel
3) BBQ Kambing
4) Kambing Masak Merah
5) Ayam Percik
6) Acar Arab
7) Roti Nan
8) Tomato Sauce
9) Yogurt dengan Pudina
10) Kuih-Muih Melayu
11) Tapai
12) Sky Juice dengan Daun Pudina dan Hirisan Lemon
14) Sirap Soda








Sekian, Ikhlas dari kami,
Hidayah Catering.

Wednesday, June 27, 2012

Kenduri Doa Selamat- Dr.Shikin, Klang

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Harap semua sihat hendaknya dan sentiasa ceria. Pada kali ini kalau anda perasan kami banyak promosi "Our Signature Food" ini berdasarkan permintaan yang memberansangkan dari pihak pelanggan dan kebanyakan mereka mahu tampil dengan aneka juadah yang lain dari kebiasannya. Ini termasuk juga semasa keraian dan pelbagai jenis majlis.

"Our Signature Food" kali ini di sediakan untuk kenduri doa selamat antaranya:
1. Nasi Mandhi
2. Kambing Grill dengan dressings mint sauce, tomato sauce dan sebagainya.
3. Dalca Sayur
4. Acar Arab
5.Orange Sunkist Manis
6. Sirap  Soda
7. Minuman Panas: Teh O dan Teh Tarik
8. Aneka Kuih Muih


Sekian,
Ikhlas dari,
Hidayah Catering

Thursday, June 21, 2012

2 June-Dewan Banjir, Tema Purple dan Pink

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Seperti yang di janjikan, tarikh 2 June kami mempunyai 2 majlis kahwin di Serdang di 2 lokasi yang berbeza. Walaupun agak sibuk namun kami berjaya menjayakan kedua-dua majlis tanpa sebarang kesulitan. Alhamdulillah, syukur.

Jumlah jemputan: 500 orang

Juadah makanan yang di sediakan buat para tamu:


1. Nasi Minyak Jagung (RECOMMENDED, kalau menginginkan kelainan pada majlis anda)
2. Nasi Putih (20%)
3. Gulai Kawah + Daging bertulang + Rebung Madu
4. Pajeri Nenas dan Terung Panjang
5. Ayam Goreng Berempah
6. Acar Mentah
7. Cendol
8. Orange Sunkist Manis
9. Tapai
10. Kordial Anggur
11.Minuman Panas: Teh O dan Teh Tarik

Makanan di Meja VVIP


Meja Makan tetamu dan kelengkapan, semua di sediakan oleh pihak Hidayah Catering


Seperti kebiasaan kami menyediakan hiasan bunga segar di meja makan utama (makan beradap bagi pengantin)




Sekian,
Ikhlas dari kami,
Hidayah Catering.

2 June- Majlis Kahwin, Tema Merah

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kali ini kami sibuk seharian di sebabkan ada 2 majlis kahwin yang di jalankan secara serentak dan menggunakan khidmat kami. Alhamdulillah majlis di jalankan kedua-duanya di kawasan Serdang cuma berlainan lokasi.

Tema Kenduri kali ini adalah merah, bertempat di Dewan Kolej 11, UPM
Jumlah jemputan: 1100 pax

Juadah makanan yang di sediakan buat para tamu:

1. Nasi Minyak Jagung (RECOMMENDED, kalau menginginkan kelainan pada majlis anda)
2. Nasi Putih (20%)
3. Gulai Kawah + Daging bertulang + Rebung Madu
4. Pajeri Nenas dan Terung Panjang
5. Ayam Goreng Berempah
6. Acar Mentah
7. Moi Sup Daging Lembu Segar (Most Sold Out)
8. Aneka Kuih Muih Melayu
9. Orange Sunkist Manis
10. Tapai
11. Sirap Soda
12.Minuman Panas: Teh O dan Teh Tarik


Kami turut menyediakan meja makan beradap dengan hiasan bunga segar dan set lengkap menu makanan beradap.

 Set meja VIP, disediakan 4 set untuk 40 orang dan di sediakan pramusaji bagi setiap meja.

 Meja dessert

Sekian,
Ikhlas dari kami,
Hidayah Katering.

Kenduri Kesyukuran-Taman Melawati

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Moga hari-hari yang di lalui di penuhi barakah. Alhamdulillah pihak katering amat berbesar hati menerima tempahan dari para pelanggan kami setakat ini, harap semuanya berpuas hati. Kali ini pihak kami menerima tempahan makanan untuk kenduri kesyukuran.

Jom kita layan gambar di sekitar majlis tersebut:


Nasi Mandhi
 Dalca Sayur
Ayam Percik + Kuah Ayam Percik (Our Signature Food)
Acar Arab
Papadom Bulat
Dessert: Orange Sunkist + Tapai
Sirap Soda
Minuman Panas: Teh O dan Teh Tarik




Sekian, Ikhlas dari,
Hidayah Catering

Tuesday, June 19, 2012

Wedding Isa dan Aimi di Bukit Mahkota

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Harap semua sihat sejahtera hendaknya. Pihak kami baru-baru ini ada mendapat undangan untuk menjayakan katering bagi pihak mempelai, semoga berbahagia hendaknya hingga ke anak cucu-cucu, Amin. Katering kali ini merupakan antara kenalan kami "Dayana", sekali lagi jutaan terima kasih kerana memilih pihak kami.
Venue: Bukit Mahkota
No. of pax:1000
Theme: Cream + White.


Menu yang pelbagai-pelbagai dan tetamu yang hadir juga dari pelbagai peringkat usia.

Menu utama
  1. Nasi Arab with grilled lamb
  2. Nasi Putih
  3. Masak Merah Kambing
  4. Ayam Percik Hidayah (OUR SIGNATURE, MOST RECOMMENDED)
  5. Acar Arab
  6. Roti Na'an
  7. Dalca Sayur
  8. Kacang Panjang goreng bersama udang
  9. Ulam-ulaman, ikan masin bersama sambal belacan
Menu sampingan
  1. Kuih-kuih Melayu
  2. Tapai Pulut
  3. Cendol bersama lengkong 
  4. Bubur campur (buah-buah seperti Nangka, Ubi Kayu, Jagung madu)

Minuman
  1.  Lemon Soda
  2. Tea "O" Pudina
  3. Kopi "O"
  4. Sky juice pudina with slice lemon

Beberapa keping gambar sempat kami ambil untuk tatapan semua:-





Bagi pencuci mulut pihak kami menyediakan aneka kuih muih, antaranya tapai nasi, apam polkadot, cucur badak, kuih bingka, dan kek butter. Pihak tuan rumah turut menghidangkan Tapai ubi...hmmm yang ini kiriman dari saudara-mara. Banyakkan malahan pihak kami turut menyediakan cendol buat tetamu. Tidak lupa juga buah untuk tetamu "slice of orange sunkist" memang sesuai lepas pekena kambing, ayam percik ya kan, semua tu berkolestrol tinggi.



Meja beradap pihak kami sediakan 100% bersama dekorasi bunga segar di meja pengantin termasuk "Bridal Chair". Malahan kami turut menyediakan "backdrop" belakang dengan tatarias kristal dan hiasan ala-ala langsir dengan berlatarkan warna cream dan marroon. Harap pihak pengantin berpuas hati dengan tatarias dari pihak catering.






Sekian saja dari pihak kami, terima kasih daun keladi kepada kedua mempelai Isa dan Aimi serta sekeluarga kerana memilih khidmat kami untuk majlis kali ini. Kalau ada salah dan silap dari pihak kami harap di maafkan, segala yang baik itu datang dari Allah S.W.T
Ikhlas dari kami,
Hidayah Catering.

Sunday, June 17, 2012

Majlis Perkahwinan- Tema Merah jambu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sehjahtera buat para pelanggan kami yang di hormati,

Harap semua sihat hendaknya. Tema pengantin kali ini ialah merah jambu berjambu-jambu. Ada 2 pasangan mempelai yang perlu diraikan kali ini. Harap mereka berpuas hati dengan kami. Kali ini majlis di jayakan merupakan antara kenalan kami juga yang bertugas sebagai staff nurse di Hospital Serdang bagi memeriahkan majlis perkahwinan anaknya. Majlis kali ini di adakan agak jauh dari Serdang iaitu di K Club, Taman Melawati, Ampang.

Mari kita jengah gambar di sekitar majlis tersebut:

 

Inilah kedua-dua pasangan mempelai, segak, cantik dan bergaya keduanyakan. Moga kekal bahagia sampai ke anak cucu-cucu. Seperti biasa, Hiasan bunga segar di meja pengantin menjadi kepastian bagi katering kami.


Menu makanan beradap, harap menyelerakan buat para tetamu dan pengantin. Makanan pengantin yang istimewa kali ini kami sediakan udang harimau, siakap masam manis dan lauk berhidang.


Makanan yang di sediakan buat para tamu, antaranya bubur campur (kami syorkan desert ini di kebanyakan kenduri kerana kaya dengan aneka buah-buahan antaranya pisang, nangka, jagung, ubi keledek, labu, sagu, dan ubi kayu) lebih manis gitu, malah kami turut menyediakan daging lembu segar untuk hidangan kami kali ini iaitu Gulai Kawah Daging + Tulang + Rebung Madu (ini juga merupakan salah satu speciality CHEF kami yang berasal dari Utara), selain itu menu lain ialah ayam goreng berempah, sayur campur dan sebagainya.

Selain itu juga, pihak tuan rumah turut juga menempah hidangan buat vegetarian. 


Kami turut menyediakan pulut kuning, pelanggan kami akan di beri pilhan samaada memilih Kek atau pulut kuning berhias. Pulut kuning kami kali ini kami hias dengan bunga segar dan rendang daging.

Buat yang berminat bolehlah menghubungi pihak kami dan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak keluarga pengantin. Moga kita dapat bekerjasama lagi di masa hadapan.

Ikhlas dari kami,
Hidayah Catering

Saturday, June 16, 2012

Birthday Party Razin

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Venue: Taman UK Perdana
No. Of pax: 200
Theme: blue

Menu;
1. Nasi Arab
2. Ayam Percik Hidayah
3. Daging masak hitam
4. Acar Arab
5. Papadom
6. Buah
7. Jeli Kelapa
8. Sirap Soda
9. Set Kambing Bakar

Antara gambar yang sempat kami rakam, buat tatapan semua.


Main Buffet table

 Birthday Boy - Razin

Antara tetamu yang hadir dan Setting guest table


 




The dishes for guest



  Tumpuan ramai - Kambing Grilled

 Antara menu-menu pilihan pelanggan kami.

Kami di pihak Hidayah Catering mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan rumah and Happy Birthday to Nazin.