Search This Blog

Tuesday, May 8, 2012

Majlis Kahwin, Tema: Kuning

Assalamualaikum w.b.t


Tarikh Majlis: 28 April 2012
Tempat: Dewan Warga Emas, Seksyen 24, Shah Alam
Tema: Kuning
Jumlah tetamu: 1200pax

Majlis perkahwinan ini berlangsung bersamaan dengan demonstrasi Bersih 3.0. Pihak katering kami telah bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Persiapan di lakukan dengan lebih awal. Kami turut juga bermalam di dewan kerana menjangkakan laluan traffic yang akan di halang dan bagi mengelakkan kelewatan persiapan awal harus kami lakukan.

Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan kami adalah:
  1. Nasi Minyak Jagung
  2. Nasi Putih
  3. Ayam Goreng Berempah
  4. Gulai Cair Tulang bersama rebung utara (OUR SIGNATURE DISH, RECOMMENDED)
  5. Moi Sup Utara (OUR SIGNATURE DISH, RECOMMENDED)
  6. Tapai pulut
Paling puas hati bila melihat tetamu makan bertambah dan tak panggung kepala.

Mari kita layan gambar di sekitar majlis (maaflah kualiti gambar kami kurang baik, kamera gabak kami masuk hospital he he he).

Sebelum hiasan dewan
Dewan kali ini tampak kemas dan bersih, sesiapa yang nak book untuk dewan ini katanya kena book awal-awal pada harga yang murah pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan warna tema pilihan juga. Untuk pengetahuan anda semua peralatan kerusi, meja, alas kerusi dan meja, red carpet di sediakan oleh pihak dewan. Kualiti kain juga masih terjaga elok. Kami memang "recommend" dewan ini buat pasangan mempelai. Malah, keadaan sekeliling juga luas untuk meletak kenderaan para tetamu.

Dewan setalah di tatarias,

Pihak katering kami gemar menggunakan bunga segar sebagai hiasan dan dekorasi 100% pihak kami yang menggubahnya, jadi kos dapat di jimatkan malah kami turut mendekorasi "WALKAWAY" untuk majlis kali ini. Untuk permintaan "WALKAWAY" pihak kami mengenakan caj tambahan, tidak mahal bergantung pada bajet pelanggan juga.

Kek 3 tingkat di berikan secara percuma mengikut jenis pakej.


Di atas adalah hidangan makanan beradap raja sehari, ada lagi lauk-pauk yang lain tapi tidak berkesempatan untuk mengambil gambar hidangan tersebut.


Lauk-Pauk yang disediakan ada pelbagai aneka juadah antaranya nasi minyak jagung, nasi putih, ayam goreng berempah, acar limau, dalca sayur, daging masak kicap berempah, moi sup, aneka kuih-muih, bubur campur dan sebagainya.

Selamat Pengantin baru buat dua mempelai. Harap pihak pelanggan berpuas hati dengan majlis yang di jalankan. Kalau ada salah silap sepuluh jari kami susun, harap di maafkan.

Sekian,
Ikhlas dari,
Hidayah Catering.