Search This Blog

Saturday, October 8, 2011

Kenduri sempena naik haji

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.....

Di bulan Oktober ini, alhamdulillah kami berkesempatan untuk memberi khidmat katering kami kepada Dr.Ridzuan dan sekeluarga bersempena Majlis Kesyukuran untuk menunaikan Ibadah Haji. Semoga selamat pergi dan pulang serta mendapat haji mabrur, Amin.

Ok, mari kita jenguk menu pilihan Dr.Ridzuan dan sekeluarga.

Menu yang di sajikan, antaranya:

Kambing 1 ekor (BBQ) dengan sos black pepper, yogurt sauce, telur burung garuda, (tomato, nenas, cili di bakar), bersama kentang goremg.

- Nasi Mandi (half kambing dan ayam)

- Dalca Sayur

- Ikan sweet and sour

- Ayam masak kuzi

- Minuman: Air Bandung, Mineral water cup, Cendol, Air Mata Kucing, Teh 'O'/ Teh Tarik

- Buah-Buahan (Grape, Belimbing, Tembikai dan Betik)

Menyelerakan? Kepada yang berminat bolehlah menghubungi pihak kami untuk makluman lanjut. Pihak kami sedia menyediakan khidmat yang pasti menepati citarasa anda, InsyaAllah.

Ok, mari kita layan gambar sepanjang majlis di jalankan:-

BBQ Lamb

Variety of foods, Golden Fish with Sweet Sour Sauce, Dalca Sayur, Platter fruits, Acar Arab and etc.


Sekian sahaja dari kami. Moga bertemu di majlis yang lain.

Friday, October 7, 2011

Open House at Wangsa Maju - 2 October


Venue: Wangsa Maju
Date: 2 Oktober2011
Tema: Coklat dan krim
No. of pax: 300
Majlis: Rumah terbuka.

Alhamdulillah sudah sampai ke awal bulan Oktober kita, syawal pun sudah melabuhkan tirainya namun masih ramai yang menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri. Dan destinasi pihak kami untuk rumah terbuka kali ini adalah bertempat di Wangsa Maju di rumah En.Nik dan sekeluarga. Banyak juadah dan aneka lauk yang menjadi pilihan Encik Nik dan sekeluarga. Jom kita layan gambar majlis kali ini.

Antara seleksi makanan yang menjadi pilihan mereka sekeluarga Nasi mandi ayam, acar arab, dalca sayur, ayam percik, soto ayam, mee kari, laksa penang, laksa johor, spageti, mushroom sup dan garlic bread, bubur kacang hitam, salad dengan thousand island dan buah-buahan (starfruit dan grape fruit).

 

Seleksi buah antaranya grapefruit dan starfruit.

Untuk pengetahuan tuan puan grapefruit adalah pilihan kami kerana mempunyai banyak kelebihan nutrisi dan menyumbangkan kepada diet yang sihat walaupun rasanya pahit. Ia juga merupakan sumber vitamin C dan "fiber pectin" dan menyumbangkan kepada antioxidant lycopene. Malah buah ini turut membantu mengurangkan paras kolestrol dalam badan. Walaupun rasanya pahit, kami memilih buah ini untuk di gandingkan bersama menu sedia ada untuk meneutralkan semula tahap kolestrol.


Antara minuman yang di sediakan air mata kucing, ice lemon soda, dan air panas antaranya nescafe dan teh tarik.


 Antara kueh mueh yang di sajikan ketupat palas (di sediakan tuan rumah), dan yang lain pihak kami antaranya apam polkadot, apam blueberry, cucur udang dan sebagainya.

 Kambing BBQ dan telur burung garuda (kentang lecek) ini merupakan menu pilihan setiap pelanggan. Juga merupakan "Signature Food" kami



Sekian saja dari pihak kami, terima kasih daun keladi kepada Encik Nik dan sekeluarga kerana memilih khidmat kami untuk majlis rumah terbuka kali ini.

Kalau ada salah dan silap dari pihak kami harap di maafkan, segala yang baik itu datang dari Allah S.W.T

Ikhlas dari kami,
Hidayah Catering.