Search This Blog

Sunday, September 11, 2011

Open House, Presint 9, Putrajaya.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Di kesempatan yang mulia ini pihak kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri maaf zahir dan batin, semoga semua umat muslimin dan muslimat dicucuri rahmat dan dilimpahkan nikmat bulan syawal.

Alhamdulillah sudah genap minggu ketiga bulan Syawal, ramai juga yang mengundang khidmat kami untuk majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini. Pada 10hb 9 yang lepas pihak kami tidak ketinggalan dengan tempahan katering bagi majlis berbuka puasa di Presint 9, Putrajaya. Terima kasih daun keladi pada tuan rumah kerana menggunakan khidmat kami.

Moh kita layan gambar Majlis rumah terbuka yang kami sediakan ini;

Pelbagai juadah di sediakan oleh pihak kami.




Kami turut menyediakan pelbagai pilihan air sejuk dan panas serta pencuci mulut barley untuk para tetamu.


Nasi mandi istimewa dengan kambing untuk di makan dengan juadah lain.



Nasi mandi istimewa dengan ayam untuk di makan bersama juadah lain. Antara lauk pauk yang di sediakan:

Gulai Daging


Kari Kambing


Acar


Di bawah pula adalah rendang ayam, lemang, kuah kacang dan nasi impit untuk hidangan sampingan. Dan pemberi ceria juadah majlis rumah terbuka kali ini. Al maklumlah bila ada rumah terbuka mesti ada rendang dan sebagainyakan.



Itu sahaja rentetan khidmat kami di majlis ini. Terima Kasih daun keladi kepada pihak pelanggan kerana memilih khidmat kami.


Bagi sesiapa yang berminat membuat tempahan dengan pihak kami, di alu-alukan menghubungi kami seperti yang tertera. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih