Search This Blog

Friday, August 5, 2011

Ayam Percik .. Ayam Percik.. Ayam Percik

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Selamat berpuasa semua umat Islam dari pengurusan Hidayah Catering. Bulan puasa ini, pasti ramai yang mengidam makan itu dan ini kan? Kami juga sibuk menyediakan pelbagai juadah yang di tempah dari semasa ke semasa. Mana-mana kekurangan harap dimaafi. 

Untuk tempahan berbuka puasa setakat ini, masih boleh di buat. Berikan kami tarikh dan kami semak jadual, andai tiada halangan, insyaAllah dengan besar hati kami untuk menawarkan khidmat.

Paling istimewa di bulan Ramadhan, seperti tahun-tahun sebelum ini. Temui kami di BAZAAR RAMADHAN SERI SERDANG. Masih di lokasi yang sama seperti tahun-tahun sebelum. Waktu operasi dari jam 4 petang sehingga 6 petang. Lebih dari 150 ekor sehari, InsyaAllah.

Maaflah iya Cik Jah, Cik Timah, Pak Kasim, Pak Harun dan semua recycle gambar lamalah kita (saya tak sempat singgah lagi ke pasar untuk gambaq baru).
Jemputlah ya. Selamat berbuka puasa semua. Nak tempah pun boleh, habaq kat kami. Sedia membantu. Hubungi terus En. Othman Mardzuki di talian 03-89438693 (Waktu pejabat sahaja), 012-2363547 (luar waktu pejabat termasuk hari Sabtu dan Ahad).

Selamat Berpuasa semua dan semoga setiap juadah yang di makan akan memberi refreshment yang tidak terhingga nikmatanya.

Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”

 
(Bukhari & Muslim)




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih