Search This Blog

Thursday, August 11, 2011

Wedding: Diana & Amir

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Venue: Ukay Perdana
Date: 9 Julai 2011
Tema: Biru Turquoise
No. of pax: 500
Majlis: Akad Nikah.

Sebulan yang lalu, kami telah menjayakan majlis akad nikah di antara Diana dengan suaminya, bertemakan biru turquoise. Sukar juga mahu mencari, tapi biar sesukar mana insyaAllah kami tetap cuma memenuhi permintaan pelanggan.  Dengan gubahan bunga-bunga hidup, menambah ceria majlis.

Antara hidangan istimewa (or so called our signature dishes) yang di hidangkan kepada tetamu yang hadir adalah:
1- Gulai Cair tulang bersama rebung
2- Hidayah Ayam Percik
3-Moi Sup Utara

Segalanya-galanya utara. Almaklumlah, Master Chef kami orang sana. Apa lagi, memang promote lauk pauk Utara la hendaknya. Lets picture talk more.

Persiapan bermula dari jam 10malam dengan gubahan bunga hidup dan susun atur peralatan hidangan buat tetamu yang hadir.

Gubahan fresh flower, a combination of green and white.

Meja Buffet with a bouquet of roses

Close up - ROSES

Main Buffet Table

Air Corner

VIP areas

Tetamu areas - nice color, right? White and Turquoise
Dan di siang harinya,

Grapefruit - antara pencuci mulut yang di sediakan

Combination of fruit - grapes, oranges, watermelon, & honeydew.

Main Table - A simple touch.

Gulai Cair Tulang with Rebung


VIP table

Moi Sup Utara

Lemon Ais Soda

Ayam Percik - Our signature dishe

Pisang juga turut di sediakan buat para tetamu

Teh Tarik


Meja makan beradap

Pengantin yang di rai. Diana & Amir. Congrats to both of you. May Allah blessing always with you both.

Desert - Cheese cake with Strawberry and chocolate


Selesai tugas kami di Majlis Akad Nikah Diana and husband. Majlis seterusnya di Pahang. Dengan lebih crowds dan dengan menu yang berlainan. Barakallah.

Friday, August 5, 2011

Ayam Percik .. Ayam Percik.. Ayam Percik

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Selamat berpuasa semua umat Islam dari pengurusan Hidayah Catering. Bulan puasa ini, pasti ramai yang mengidam makan itu dan ini kan? Kami juga sibuk menyediakan pelbagai juadah yang di tempah dari semasa ke semasa. Mana-mana kekurangan harap dimaafi. 

Untuk tempahan berbuka puasa setakat ini, masih boleh di buat. Berikan kami tarikh dan kami semak jadual, andai tiada halangan, insyaAllah dengan besar hati kami untuk menawarkan khidmat.

Paling istimewa di bulan Ramadhan, seperti tahun-tahun sebelum ini. Temui kami di BAZAAR RAMADHAN SERI SERDANG. Masih di lokasi yang sama seperti tahun-tahun sebelum. Waktu operasi dari jam 4 petang sehingga 6 petang. Lebih dari 150 ekor sehari, InsyaAllah.

Maaflah iya Cik Jah, Cik Timah, Pak Kasim, Pak Harun dan semua recycle gambar lamalah kita (saya tak sempat singgah lagi ke pasar untuk gambaq baru).
Jemputlah ya. Selamat berbuka puasa semua. Nak tempah pun boleh, habaq kat kami. Sedia membantu. Hubungi terus En. Othman Mardzuki di talian 03-89438693 (Waktu pejabat sahaja), 012-2363547 (luar waktu pejabat termasuk hari Sabtu dan Ahad).

Selamat Berpuasa semua dan semoga setiap juadah yang di makan akan memberi refreshment yang tidak terhingga nikmatanya.

Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”

 
(Bukhari & Muslim)