Search This Blog

Sunday, May 22, 2011

Wed - Puchong Perdana

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tarikh: 30-Jan-2011
Lokasi: Puchong Perdana


Majlis ini berlangsung awal tahun yang lalu.

Pulut Kuning - berat jugalah. Adalah dalam 8kg.

Ada buah jambu juga. Permintaan yang jarang, sesekali ada memang laku.

Ayam goreng berempah, antara menu hot. Laku.
Ulam-ulaman dan sambal belacan.
Kalau ada yang berminat silalah hubungi pihak kami.

Lunch Catering - Sambutan Hari Guru'11

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tarikh: 16-May-2011
Lokasi: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma
Majlis: Sambutan Hari Guru 2011


Rasanya masih belum terlewat kami mengucapkan Selamat Hari Guru, buat semua pendidik di Malaysia. Guru pemangkin pembangunan negara, itu tidak boleh di nafikan.

Selain menguruskan perkhidmatan katering buat majlis-majlis perkahwinan, kami juga aktif menyediakan khidmat katering buat makan tengah hari / Hi-Tea / Makan Malam / BBQ bagi majlis tertentu yang di anjur pihak universiti, syarikat-syarikat swasta, agensi-agensi kerajaan dan orang-orang perseorangan mahupun kenamaan. Bagi yang berminat silalah hubungi pihak kami untuk penerangan lanjut. 

Antara menu pilihan;
1. Butter Prawn
2. Udang goreng tepung
3. Tomyam Campur
4. Ikan Sweat Sour
5. Ayam Percik
6. Buah-buahan
7. Lemon Soda



Dan seperti biasa, antara gambar-gambar menarik untuk di kongsikan.

Served Lunch

Guru-guru yang di raikan. SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU S.M.K.B.T.K



 Hiasan dari pihak sekolah sendiri dan turut sama melancarkan majlis, adik-adik pramusaji.


Kelengkapan Katering dari pihak Hidayah Catering.


Terima kasih kepada pihak sekolah dan pihak-pihak terbabit yang turut sama melancarkan majlis makan tengah hari ini. Moga bertemu lagi di lain majlis. 

Saturday, May 7, 2011

Weeding - Ocean Blue

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tarikh: 30-April-2011
Lokasi: Sungai Way, Petaling Jaya
Tema:Ocean
Tetamu: 1000 orang

Menu pilihan kali ini:-
 
1.Kurma Daging,
2. Dalca Sayur serta Ayam,
3. Ayam goreng berempah,
4. Nenas bombay
5. Nasi minyak,
6. Nasi Putih
7. Buah-buahan tempatan
8. Bubur campur
9. Kek 3 tingkat (F.O.C)
10. Set Pengantin
11. Set Meja VIP (F.O.C)
12. Dan lain-lain. 

Antara gambar yang sempat kami "snap" tak sempat nak berlama di sana. Ada tuntutan kerja lain yang menanti. Pengantin pun tak sempat di lihat.



Kali ini, hiasa Meja Beradap agak simple. I like^^

Pihak kami juga menerima tempahan kek. Oreo Cake.

Percubaan kedua kami, selalunya kita nampak bersusun tiga ke atas. Kali ini kami susun bertingkat tiga jua, tetapi dengan sedikit kelainan. Round cake kali ini, menggunakan material yang lebih ringan dari sebelumnya. Hasil tangan Chef Tiah.


Menu baru kami: Ayam Panggang Pandan bersama Sos Nenas.
Doa kami, Selamat Pengantin Baru buat dua mempelai. Moga berbahagia ke akhir hayat, Amin. Dan tidak lupa ucapan TERIMA KASIH kerana memilih pihak katering kami menjayakan majlis tuan/puan. Harapan kami moga bertemu lagi di Majlis akan datang. Segala kekurangan kami memohan maaf dan InsyaAllah akan perbaiki. BarakaAllah.