Search This Blog

Saturday, April 30, 2011

Weeding - Kuning seri pengantin

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tarikh: 24-April-2011
Lokasi: Serdang Raya
Tema: Kuning

Menu pilihan kali ini:-
1.Daging Salai masak lemak cili api,
2. Kari Ayam & kentang,
3. Sambal belacan & Ulam-ulaman,
4. Jelatah nenas & timun
5. Nasi minyak,
6. Nasi Putih
7. Buah-buahan tempatan
8. Bubur campur
9. Kek 3 tingkat (PERCUMA)
10. Set Pengantin
11. Set Meja VIP (PERCUMA)

Moh kita layan gambar.

Serba Kuning tema pengantin kali ini. Tampak meriah dan ceria.
Hiasan bunga hidup menambah lagi ceria majlis.
Antara hidangan lauk pengantin,

Menu baru kami: Ayam Pandan Black Paper. Moga tertarik.
Ikan Siakap Sweat Sour
Udang Goreng Pandan

Antara tetamu yang memeriahkan majlis,

Antara lauk-lauk yang di jamu,

Bubur campur



Majlis memotong kek,

IbuAyah turut sama meraikan.
Kami tampil sedikit berbeza kali ini dengan gabungan Cup Cakes and Round Cake. Kami juga cuba tampil dengan kelainan melalui cara susun atur "tier" cake. Ala barat gitu^^

Selamat Pengantin Baru buat dua mempelai. Moga perkahwinan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat, Amin.

Sepotong hadith untuk kita sama-sama hayati,
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.”
Riwayat At-Tabrani
Terima Kasih kerana memilih kami, segala kekurangan sepuluh jari kami susun memohon maaf dan akan kami perbaiki di masa hadapan, ada majlis lagi jangan lupa jemput kami lagi ya^^. InsyaAllah makanan terbaik akan kami hidangankan. BarakalAllah.