Search This Blog

Friday, December 30, 2011

Cuti sekolah maii dah.. makin penuhlah dengan jemputan raja sehari

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

[Entri baru di bawah: Ini adalah entri promosi]

Cuti sekolah bermula lagi. Dan ramailah juga yang bakal bergelar suami dan isteri. Buat yang sudah berkahwin tahniah kami ucapkan. Pihak katering kami juga apa kurangnya, memenuhi perkhidmatan katering yang makin rancak sejak awal tahun lagi. Alhamdulillah rezeki tak putus. Dugaan demi dugaan juga kami hadapi dan perbaiki dari semasa ke semasa.

Buat pengantin 2011 yang telah memilih pilih katering kami, jutaan terim kasih kami daripada kami. Moga bertemu lagi di jamuan-jamuan akan datang. Kami juga menyediakan juadah-juadah istimewa buat event-event selain majlis perkahwinan. Hubungi pihak kami, kami cuba penuhi permintaan anda.

Buat bakal pengantin 2012, package-package dari super-ekonomi ke mewah kami sedia tawarkan. Caranya mudah, berhubung dengan terus dengan Pengarah Urusan kami En. Othman Mardzuki di talian 03-89438693 (Office) atau telefon bimbit beliau 012-2363547. 

YOU SATISFACTION IS OUR PRIORITY
Salam Maal-Hijrah 1433, dari pihak kami.

Monday, November 28, 2011

Wedding 20-11-11: @ UPM - Purple Pink

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

20.11.2011, cantik tarikhnya. Dan ramai juga yang memilih untuk melangsungkan hari bahagia pada tarikh tersebut. Ada yang bertunang dan juga berkahwin. Dan pihak kami, telah berkesempatan dipilih orang pelanggan kami untuk menjayakan majlis perkahwinan anak mereka.

Venue: UPM
Theme: Pink Purple
No.of Pax: 1,500

Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis,

 





Antara VVIP yang hadir,

  

Meja buffet and antara menu yang menjadi pilihan pelanggan kami,









 Acar Mentah

 Kari Kambing

 Ayam Goreng Berempah

 Kari Dalca

 Kurma Masak Besar

Antara lauk penggantin yang kami sajikan buat dua mempelai serta keluarga terdekat, 

 Brokoli berbola dengan mushroom sauce

 Ayam Bakar Oren bersama rempah

 Inilah dia pengantin yang di raikan. Tahniah dan moga berkekalan hingga ke anak cucu.

Kek Perkahwinan termasuk bersama package yang di ambil. Kali ini kali tampil dengan small bouquet of fresh flower.
 

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak pelanggan kami. Di harapkan majlis ini di langsungkan dengan sempurnanya, segala kekurangan itu dari kelemahan kami dan akan di perbaiki untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami.

Sunday, November 27, 2011

Wedding 12-11-11: @ Bangi

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Beberapa hari lagi sebelum November 2011, melabuhkan tirai dan berganti dengan December 2011. Setiap hujung minggu November 2011 pihak kami juga tidak lepas dari menerima undangan katering. 

Venue: Bangi
No. of pax: 800
Theme: Gray + Black.

Menu yang pelbagai-pelbagai dan tetamu yang hadir juga dari pelbagai peringkat usia. Beberapa keping gambar sempat kami ambil untuk tatapan semua:-


Antara: Menu-menu pilihan tuan rumah.

Meja Utama

Fresh flower for buffet table

Buffet Table

Our Banner

Antara tetamu yang hadir

Meja keluarga pengantin

Wedding cake compliment with catering package. FOC.

Antara tetamu yang hadir

Antara tetamu yang hadir

Inilah mempelai yang di raikan.
Tahniah buat pengantin yang di raikan. Moga berkekalan ke syurga, Amin. Terima kasih kerana memilih pihak kami. Kami bersedia menerima tempahan seterusnya. Moga kita dapat bekerjasama lagi di masa hadapan. InsyaAllah.

Saturday, October 8, 2011

Kenduri sempena naik haji

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.....

Di bulan Oktober ini, alhamdulillah kami berkesempatan untuk memberi khidmat katering kami kepada Dr.Ridzuan dan sekeluarga bersempena Majlis Kesyukuran untuk menunaikan Ibadah Haji. Semoga selamat pergi dan pulang serta mendapat haji mabrur, Amin.

Ok, mari kita jenguk menu pilihan Dr.Ridzuan dan sekeluarga.

Menu yang di sajikan, antaranya:

Kambing 1 ekor (BBQ) dengan sos black pepper, yogurt sauce, telur burung garuda, (tomato, nenas, cili di bakar), bersama kentang goremg.

- Nasi Mandi (half kambing dan ayam)

- Dalca Sayur

- Ikan sweet and sour

- Ayam masak kuzi

- Minuman: Air Bandung, Mineral water cup, Cendol, Air Mata Kucing, Teh 'O'/ Teh Tarik

- Buah-Buahan (Grape, Belimbing, Tembikai dan Betik)

Menyelerakan? Kepada yang berminat bolehlah menghubungi pihak kami untuk makluman lanjut. Pihak kami sedia menyediakan khidmat yang pasti menepati citarasa anda, InsyaAllah.

Ok, mari kita layan gambar sepanjang majlis di jalankan:-

BBQ Lamb

Variety of foods, Golden Fish with Sweet Sour Sauce, Dalca Sayur, Platter fruits, Acar Arab and etc.


Sekian sahaja dari kami. Moga bertemu di majlis yang lain.

Friday, October 7, 2011

Open House at Wangsa Maju - 2 October


Venue: Wangsa Maju
Date: 2 Oktober2011
Tema: Coklat dan krim
No. of pax: 300
Majlis: Rumah terbuka.

Alhamdulillah sudah sampai ke awal bulan Oktober kita, syawal pun sudah melabuhkan tirainya namun masih ramai yang menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri. Dan destinasi pihak kami untuk rumah terbuka kali ini adalah bertempat di Wangsa Maju di rumah En.Nik dan sekeluarga. Banyak juadah dan aneka lauk yang menjadi pilihan Encik Nik dan sekeluarga. Jom kita layan gambar majlis kali ini.

Antara seleksi makanan yang menjadi pilihan mereka sekeluarga Nasi mandi ayam, acar arab, dalca sayur, ayam percik, soto ayam, mee kari, laksa penang, laksa johor, spageti, mushroom sup dan garlic bread, bubur kacang hitam, salad dengan thousand island dan buah-buahan (starfruit dan grape fruit).

 

Seleksi buah antaranya grapefruit dan starfruit.

Untuk pengetahuan tuan puan grapefruit adalah pilihan kami kerana mempunyai banyak kelebihan nutrisi dan menyumbangkan kepada diet yang sihat walaupun rasanya pahit. Ia juga merupakan sumber vitamin C dan "fiber pectin" dan menyumbangkan kepada antioxidant lycopene. Malah buah ini turut membantu mengurangkan paras kolestrol dalam badan. Walaupun rasanya pahit, kami memilih buah ini untuk di gandingkan bersama menu sedia ada untuk meneutralkan semula tahap kolestrol.


Antara minuman yang di sediakan air mata kucing, ice lemon soda, dan air panas antaranya nescafe dan teh tarik.


 Antara kueh mueh yang di sajikan ketupat palas (di sediakan tuan rumah), dan yang lain pihak kami antaranya apam polkadot, apam blueberry, cucur udang dan sebagainya.

 Kambing BBQ dan telur burung garuda (kentang lecek) ini merupakan menu pilihan setiap pelanggan. Juga merupakan "Signature Food" kami



Sekian saja dari pihak kami, terima kasih daun keladi kepada Encik Nik dan sekeluarga kerana memilih khidmat kami untuk majlis rumah terbuka kali ini.

Kalau ada salah dan silap dari pihak kami harap di maafkan, segala yang baik itu datang dari Allah S.W.T

Ikhlas dari kami,
Hidayah Catering.

Sunday, September 11, 2011

Open House, Presint 9, Putrajaya.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Di kesempatan yang mulia ini pihak kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri maaf zahir dan batin, semoga semua umat muslimin dan muslimat dicucuri rahmat dan dilimpahkan nikmat bulan syawal.

Alhamdulillah sudah genap minggu ketiga bulan Syawal, ramai juga yang mengundang khidmat kami untuk majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini. Pada 10hb 9 yang lepas pihak kami tidak ketinggalan dengan tempahan katering bagi majlis berbuka puasa di Presint 9, Putrajaya. Terima kasih daun keladi pada tuan rumah kerana menggunakan khidmat kami.

Moh kita layan gambar Majlis rumah terbuka yang kami sediakan ini;

Pelbagai juadah di sediakan oleh pihak kami.




Kami turut menyediakan pelbagai pilihan air sejuk dan panas serta pencuci mulut barley untuk para tetamu.


Nasi mandi istimewa dengan kambing untuk di makan dengan juadah lain.



Nasi mandi istimewa dengan ayam untuk di makan bersama juadah lain. Antara lauk pauk yang di sediakan:

Gulai Daging


Kari Kambing


Acar


Di bawah pula adalah rendang ayam, lemang, kuah kacang dan nasi impit untuk hidangan sampingan. Dan pemberi ceria juadah majlis rumah terbuka kali ini. Al maklumlah bila ada rumah terbuka mesti ada rendang dan sebagainyakan.



Itu sahaja rentetan khidmat kami di majlis ini. Terima Kasih daun keladi kepada pihak pelanggan kerana memilih khidmat kami.


Bagi sesiapa yang berminat membuat tempahan dengan pihak kami, di alu-alukan menghubungi kami seperti yang tertera. Terima Kasih.