Search This Blog

Sunday, December 26, 2010

Weeding @ Flat Bosnia

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tarikh: 25-Dec-2010
Lokasi: Flat Bosnia, Serdang
Tema: Kuning

Menu pilihan kali ini:-
1.Gulai Ayam kampung,
2. Kacang Panjang Goreng pedas,
3. Sambal belacan & Ulam-ulaman,
4. Ikan Masin,
5. Nasi minyak,
6. Nasi Putih
7. Buah-buahan tropika
8. Bubur campur

Moh kita layan gambar ^^, kalau anda berminat jangan lupa hubungi pihak kami ya. Apa jua Majlis pihak kami sedia memberikan khidmat terbaik.

Gulai Ayam Kampung

Kacang Panjang goreng pedas

Sambal Belacan & Ulaman berserta Ikan Masin

Buah-buahan Tropika

Nasi Minyak

Bubur campur

Hiasan bunga hidup untuk Meja Makan Utama

Kek Pengantin mengikut tema - Kuning

Meja Makan Utama sebelum di hidang makanan

Meja santapan raja sehari siap berhias dengan makanan
Selamat Pengantin Baru buat dua mempelai (tak sempat saya melihat gerangannya, kerana berlari ke Majlis lain pula. Cuti umum, maka ramailah yang ambil kesempatan. Pakat ramai2 buat Majlis kahwin ^^) Moga perkahwinan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat, Amin.

Sedikit renungan bersama:-

"Dari Anas r.a katanya:”Beberapa orang sahabat Nabi SAW bertanya kepada para isteri baginda tentang amal ibadah baginda ketika sedang bersunyi diri (sendirian). Setelah mendapat jawapan, maka di antara para sahabat itu ada yang berkata:”Aku tidak akan berkahwin!” Sebahagian lagi berkata,:”Aku tidak akan makan daging” Yang lain pula berkata :”Aku tidak akan tidur di atas kasur (tempat perbaringan).” Mendengar ucapan para sahabat itu, Nabi SAW serta merta memuji Allah SWT, lalu baginda bersabda:”Bagaimanalah cara mereka berfikir sehingga mereka bercakap begini dan begitu. Padahal aku sendiri solat, tidur, puasa, berbuka bahkan aku bernikah. Sesiapa yang benci kepada cara hidup (sunnahku) maka dia tidak termasuk golonganku"  

Terima Kasih kerana memilih kami, ada majlis lagi jangan lupa jemput kami lagi ya. InsyaAllah makanan terbaik akan kami hidangankan. BarakalAllah.

Saturday, December 18, 2010

Ayam Percik II

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Di mana mahu mencari AYAM PERCIK HIDAYAH? Begitulah bunyi soalan seorang pengunjung blog kami. Terima kasih di atas pertanyaan. 

Untuk pengetahuan, hidangan ini merupakan our "signature dishes" atau lebih tepat HIDANGAN ISTIMEWA katering kami. Buat ketika ini, kami menyediakannya pada bulan Puasa (di bazar Ramadhan) atau tempahan. 

Jika terdapat pihak-pihak atau saudara/saudari yang berminat boleh menghubungi. Kami sedia menerima tempahan. Di restoran, kami akan sediakan pada masa-masa tertentu sahaja.