Search This Blog

Thursday, September 2, 2010

AYAM PERCIK HIDAYAH

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Salam Ramadhan ....

Lama blog ini tidak berupdate. Alhamdulillah rezeki ramadhan kembali lagi. Kali ini pihak kami tampil seperti tahun-tahun sebelumnya berniaga di Bazaar Ramadhan Seri Serdang sejak dari tahun 90-an, kami menyediakan juadah istimewa untuk bulan puasa ini.

Ayam Percik Hidayah

AYAM PERCIK HIDAYAH, buat teman-teman rapat mungkin sudah biasa menikmati keistimewaan hidang ini. Rasanya sudah tentu SEDAP, rasa sekali pasti MAU LAGI. Jika saudara/saudari berkesempatan silalah berkunjung ke:-

Tempat:- Pasar Ramadhan Seri Serdang (Berdepan dengan Pasaraya BIG)
Masa:- 3.30petang - 6.30 petang


Ayam yang sedang di bakar

Cuba sekali pasti MAU LAGI

Nampak lori merah, alas meja merah itulah gerai kami.. selamat berkunjung

Apa tunggu lagi, kami menanti anda di sana. Kalau tak sempat tidak apa, boleh membuat tempahan bila-bila masa. Kami sedia memberikan perkhidmatan terbaik buat anda. Raya nak dekat ini, sudah ada caterer untuk rumah terbuka? Haa.. jangan lupa ajaklah kami memeriahkan majlis anda, insyaAllah hidangan yang disediakan pasti sedap & berbaloi-baloi.

Sedikit renungan bersama,

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”

SELAMAT BERPUASA & MENUNAIKAN IBADAH