Search This Blog

Tuesday, June 15, 2010

Double Wed - Rizal/Azlin & Saiful/Zura

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Lokasi: Dewan Alamanda, Seksyen 20, Shah Alam
Tarikh: 13-June-2010
Tema Warna: Unggu

Dewan Alamanda, Seksyen 20, Shah Alam. Kali ini kami tampil dengan hidangan dari Utara tanah air. Memandangkan Ibubapa pengantin berasal dari sana. Tidak menjadi kepayahan bagi pihak dapur kami menyediakan hidangan-hidangan yang dipinta memandangkan, Chef kami "orang" sana.

Pn. Siti bersama mempelai yang serba "Gold"

Double wed - Kali ini kami di beri peluang mengendali dua pengantin sekali. Kenduri di buat di Dewan dengan jemputan 2, 400 orang.

Perbezaan katering kahwin kali ini, kami diminta untuk mengubah "Walkaway" selain gubahan asas yang lain. Gambar di atas sebelum di hias dengan bunga-bungaan.


Meja tetamu di hiasi likaran daun anggur berserta orked.

Suasana Dewan sebelum Majlis berlangsung.

Daisy mencantikkan suasana

Inilah hasil gubahan "walkaway" dari Hidayah Catering. InsyaAllah akan di perbaiki lagi di masa hadapan. Kami juga menerima tempahan gubahan bunga segar. Sila hubungi kami jika anda berminat.

Meja santapan Raja Sehari. Tidak sah jika sesebuah kenduri perkahwinan tidak di seri dengan makan beradap. Pemilihan bunga-bungaan segar menjadi pilihan pelanggan kami. Mungkin trend semasa. Kemana sahaja katering kami buat inilah pilihan mereka. Bunga segar.

Meja Makan Beradap telah penuh di hidang makanan buat santapan Raja Sehari

Kek di sediakan D'little Kitchen. Tema Kuning & Purple menjadi pilihan Raja Sehari

Buat yang berminat menempah Kek dari D'little Kitchen bolehlah layari web mereka di http://dlittlekitchen.blogspot.com/ Pelbagai jenis kek boleh di dapati di sana.

Hidangan buat Raja Sehari

Antara menu Raja Sehari.

Buffet buat para tetamu jemputan

Pencuci mulut

Ulam-ulaman dan Sambal belacan

Acar

Ayam goreng berempah

Kari Daging & rebung

Daging masak merah

Moi Sup dan Bihun Sup turut sama di sediakan. Selain itu tetamu di hidangkan dengan bubur kacang hijau.

Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada Keluarga Pengantin kerana memilih kami menyempurnakan majlis ini.

SELAMAT PENGANTIN BARU buat RAJA SEHARI moga kekal ke akhir hayat

TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih