Search This Blog

Sunday, December 26, 2010

Weeding @ Flat Bosnia

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tarikh: 25-Dec-2010
Lokasi: Flat Bosnia, Serdang
Tema: Kuning

Menu pilihan kali ini:-
1.Gulai Ayam kampung,
2. Kacang Panjang Goreng pedas,
3. Sambal belacan & Ulam-ulaman,
4. Ikan Masin,
5. Nasi minyak,
6. Nasi Putih
7. Buah-buahan tropika
8. Bubur campur

Moh kita layan gambar ^^, kalau anda berminat jangan lupa hubungi pihak kami ya. Apa jua Majlis pihak kami sedia memberikan khidmat terbaik.

Gulai Ayam Kampung

Kacang Panjang goreng pedas

Sambal Belacan & Ulaman berserta Ikan Masin

Buah-buahan Tropika

Nasi Minyak

Bubur campur

Hiasan bunga hidup untuk Meja Makan Utama

Kek Pengantin mengikut tema - Kuning

Meja Makan Utama sebelum di hidang makanan

Meja santapan raja sehari siap berhias dengan makanan
Selamat Pengantin Baru buat dua mempelai (tak sempat saya melihat gerangannya, kerana berlari ke Majlis lain pula. Cuti umum, maka ramailah yang ambil kesempatan. Pakat ramai2 buat Majlis kahwin ^^) Moga perkahwinan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat, Amin.

Sedikit renungan bersama:-

"Dari Anas r.a katanya:”Beberapa orang sahabat Nabi SAW bertanya kepada para isteri baginda tentang amal ibadah baginda ketika sedang bersunyi diri (sendirian). Setelah mendapat jawapan, maka di antara para sahabat itu ada yang berkata:”Aku tidak akan berkahwin!” Sebahagian lagi berkata,:”Aku tidak akan makan daging” Yang lain pula berkata :”Aku tidak akan tidur di atas kasur (tempat perbaringan).” Mendengar ucapan para sahabat itu, Nabi SAW serta merta memuji Allah SWT, lalu baginda bersabda:”Bagaimanalah cara mereka berfikir sehingga mereka bercakap begini dan begitu. Padahal aku sendiri solat, tidur, puasa, berbuka bahkan aku bernikah. Sesiapa yang benci kepada cara hidup (sunnahku) maka dia tidak termasuk golonganku"  

Terima Kasih kerana memilih kami, ada majlis lagi jangan lupa jemput kami lagi ya. InsyaAllah makanan terbaik akan kami hidangankan. BarakalAllah.

Saturday, December 18, 2010

Ayam Percik II

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Di mana mahu mencari AYAM PERCIK HIDAYAH? Begitulah bunyi soalan seorang pengunjung blog kami. Terima kasih di atas pertanyaan. 

Untuk pengetahuan, hidangan ini merupakan our "signature dishes" atau lebih tepat HIDANGAN ISTIMEWA katering kami. Buat ketika ini, kami menyediakannya pada bulan Puasa (di bazar Ramadhan) atau tempahan. 

Jika terdapat pihak-pihak atau saudara/saudari yang berminat boleh menghubungi. Kami sedia menerima tempahan. Di restoran, kami akan sediakan pada masa-masa tertentu sahaja.

Friday, November 5, 2010

Perkahwinan bertema Merah dan Putih

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Venue: Bandar Baru Bangi
Tema: Merah & Putih

Bersua kembali di satu lagi Majlis Perkahwinan. Tahniah buat dua mempelai. Kali ini pilihan pasangan adalah berkonsepkan Merah & Putih (Sweet!). Pihak kami di beri tanggungjawab untuk menyediakan hidangan buat para tetamu dan pengantin. 

Meja Utama: Santapan Raja Sehari
Udang Panjat

Ikan Siakap Masam Manis (Ibarat hidup manusia yang adakalanya manis dan adakalanya masam)
Ayam Golek
Antara hidangan buat para tetamu:
1- Oren Sunkist
2- Acar Nenas Bombay
3- Ayam Goreng Berempah
4- Dalca Kambing
5- Rendang Daging Tok
Antara tetamu yang hadir
Antara tetamu yang hadir
Tuan Rumah
Terima kasih buat Tuan Rumah dan Pengantin (saya pulang awal tak sempat mengambil gambar pengantin). Kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan moga kekal bahagia ke anak cucu, Amin. 

P/s: Ramai yang tanya, cuma tawarkan katering perkahwinan sahaja? Tidak, segala jenis majlis kamu boleh laksanakan. Anda boleh terus menghubungi pihak kami di talian 012-2363547 (Othman) @ 03-89438693 (Pejabat)

Sunday, October 3, 2010

Weeding @ Reco Kajang

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tarikh: 3-Oct-2010
Tempat: Jalan Reco, Kajang
Tema: Biru / Putih

Selamat Pengantin Baru buat yang baru bergelar pasangan Suami Isteri, moga kekal kehujung nyawa.

Pengantin yang di Rai, SELAMAT PENGATIN BARU


Moi Sup Utara

Hidangan pilihan
Udang Panjat

Ikan Kasih
Meja Makan Utama


Serba Biru

Closed up - Selamat Pengantin Baru
  Antara tetamu yang hadir memeriahkan lagi majlis.

Antara tetamu yang hadir
Antara tetamu yang hadir - berbilang bangsa, 1Malaysia.

Selamat Pengantin Baru dan Terima Kasih kerana memilih kami menyempurnakan lagi Majlis perkahwinan ini dan di sini kami juga menyusun sepuluh jari andai ada kekurangan dalam mengendalikan Majlis ini.

Thursday, September 2, 2010

AYAM PERCIK HIDAYAH

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Salam Ramadhan ....

Lama blog ini tidak berupdate. Alhamdulillah rezeki ramadhan kembali lagi. Kali ini pihak kami tampil seperti tahun-tahun sebelumnya berniaga di Bazaar Ramadhan Seri Serdang sejak dari tahun 90-an, kami menyediakan juadah istimewa untuk bulan puasa ini.

Ayam Percik Hidayah

AYAM PERCIK HIDAYAH, buat teman-teman rapat mungkin sudah biasa menikmati keistimewaan hidang ini. Rasanya sudah tentu SEDAP, rasa sekali pasti MAU LAGI. Jika saudara/saudari berkesempatan silalah berkunjung ke:-

Tempat:- Pasar Ramadhan Seri Serdang (Berdepan dengan Pasaraya BIG)
Masa:- 3.30petang - 6.30 petang


Ayam yang sedang di bakar

Cuba sekali pasti MAU LAGI

Nampak lori merah, alas meja merah itulah gerai kami.. selamat berkunjung

Apa tunggu lagi, kami menanti anda di sana. Kalau tak sempat tidak apa, boleh membuat tempahan bila-bila masa. Kami sedia memberikan perkhidmatan terbaik buat anda. Raya nak dekat ini, sudah ada caterer untuk rumah terbuka? Haa.. jangan lupa ajaklah kami memeriahkan majlis anda, insyaAllah hidangan yang disediakan pasti sedap & berbaloi-baloi.

Sedikit renungan bersama,

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”

SELAMAT BERPUASA & MENUNAIKAN IBADAH

Tuesday, June 15, 2010

Double Wed - Rizal/Azlin & Saiful/Zura

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Lokasi: Dewan Alamanda, Seksyen 20, Shah Alam
Tarikh: 13-June-2010
Tema Warna: Unggu

Dewan Alamanda, Seksyen 20, Shah Alam. Kali ini kami tampil dengan hidangan dari Utara tanah air. Memandangkan Ibubapa pengantin berasal dari sana. Tidak menjadi kepayahan bagi pihak dapur kami menyediakan hidangan-hidangan yang dipinta memandangkan, Chef kami "orang" sana.

Pn. Siti bersama mempelai yang serba "Gold"

Double wed - Kali ini kami di beri peluang mengendali dua pengantin sekali. Kenduri di buat di Dewan dengan jemputan 2, 400 orang.

Perbezaan katering kahwin kali ini, kami diminta untuk mengubah "Walkaway" selain gubahan asas yang lain. Gambar di atas sebelum di hias dengan bunga-bungaan.


Meja tetamu di hiasi likaran daun anggur berserta orked.

Suasana Dewan sebelum Majlis berlangsung.

Daisy mencantikkan suasana

Inilah hasil gubahan "walkaway" dari Hidayah Catering. InsyaAllah akan di perbaiki lagi di masa hadapan. Kami juga menerima tempahan gubahan bunga segar. Sila hubungi kami jika anda berminat.

Meja santapan Raja Sehari. Tidak sah jika sesebuah kenduri perkahwinan tidak di seri dengan makan beradap. Pemilihan bunga-bungaan segar menjadi pilihan pelanggan kami. Mungkin trend semasa. Kemana sahaja katering kami buat inilah pilihan mereka. Bunga segar.

Meja Makan Beradap telah penuh di hidang makanan buat santapan Raja Sehari

Kek di sediakan D'little Kitchen. Tema Kuning & Purple menjadi pilihan Raja Sehari

Buat yang berminat menempah Kek dari D'little Kitchen bolehlah layari web mereka di http://dlittlekitchen.blogspot.com/ Pelbagai jenis kek boleh di dapati di sana.

Hidangan buat Raja Sehari

Antara menu Raja Sehari.

Buffet buat para tetamu jemputan

Pencuci mulut

Ulam-ulaman dan Sambal belacan

Acar

Ayam goreng berempah

Kari Daging & rebung

Daging masak merah

Moi Sup dan Bihun Sup turut sama di sediakan. Selain itu tetamu di hidangkan dengan bubur kacang hijau.

Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada Keluarga Pengantin kerana memilih kami menyempurnakan majlis ini.

SELAMAT PENGANTIN BARU buat RAJA SEHARI moga kekal ke akhir hayat

TERIMA KASIH